::Miss Cupcake::
D'Owner!

Attention! : Hover the image



Entries About Linkies Stuff

Annyeonghaseyo. Welcome to my wonderland.My name is Syaza Afiqah.11 years old.Nice to meet you.Holaa~


Tagboard!



Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Syaza Afiqah
Others:   


Peringkat-peringkat Orang Yang Berpuasa

   Assalamualaikum dan selamat sejahtera korang!Malam semalam,Syaza dah janji kan untuk bagitahu korang satu perkara.Tittle kali ini memang berbeza sebab Syaza jarang update bab ilmu ni!Hehe..Seperti yang dijanjikan,Syaza akan bagitahu korang PERINGKAT-PERINGKAT ORANG YANG BERPUASA.Jom kita layan!
   Ehem-ehem,Peringkat-peringkat orang yang berpuasa terbahagi kepada tiga,iaitu:


  • Puasa Awam
  • Puasa Khusus
  • Puasa Khusus-khusus

Okey,mari Syaza terangkan satu demi satu makna puasa ni.Dah sedia,jom!

Puasa Awam

Puasa sekadar hanya tidak makan dan minum dan tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa.Tetapi lalai daripada menjaga perkara-perkara yang boleh menghilangkan atau mengurangkan pahala puasa seperti mengumpat,memandang benda-benda yang haram pada syarak dan lain-lain.


Puasa Khusus

Puasa yang bukan hanya sekadar tidak makan dan minum,tetapi sentiasa menjaga daripada melakukan perkara-perkara yang menghilangkan pahala puasa disamping mengharapkan keredhaan ALLAH S.A.W.


Puasa Khusus-khusus

Orang yang berpuasa bukan sekadar tidak makan dan minum,malah menjaga perkara-perkara yang merosakkan pahala puasa.Tetapi berpuasa dengan penuh keikhlasan semata-mata kerana menunaikan perintah ALLAH S.A.W. sebagai hamba dan hanya semata-mata mengharapkan keredhaan ALLAH S.A.W.

Baik,demikianlah Peringkat-peringkat orang yang berpuasa.Sebaik-baiknya,kita patutlah mengamalkan cara berpuasa Khusus-khusus.Sekian,terima kasih.Assalamualaikum.Jumpa lagi di entry seterusnya!

Sumber:Kitab Sekolah Agama :D